Kebaikan dibalas kejahatan dan sebaliknya
" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas
kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." - La Roche
Bersabar, insaf, bersyukur
andai kebaikan dibalas dengan kejahatan...bersabarlah
andai kejahatan dibalas dengan kebaikan...insaflah
andai kebaikan dibalas kebaikan...bersyukurlah
andai kejahatan dibalas kejahatan...Nauzubilah.
Formula hati
kejahatan dibalas kejahatan = hati tak tenang, hidup dengan dendam
kejahatan dibalas kebaikan = hati tenang, hidup tanpa dendam
kebaikan dibalas kebaikan = hati sentiasa bersih dari sifat-sifat keji
kejahatan dibalas kejahatan = ???
engkau merasakan ia satu kemenangan tapi hanya pada luaran sahaja, kenyataan sebaliknya
kita selalu dengar orang sebut..
"biar orang buat jahat dengan kita, tapi bukan kita buat jahat dengan orang "
kadangkala mungkin apabila kita berbuat jahat dengan orang, belum tentu
kita dibalas dengan kejahatan dan mungkin juga kadangkala apabila kita
berbuat baik belum tentu kita dibalas dengan kebaikan. Hati manusia tak
semua sama, rambut sama hitam tapi hati manusia lain-lain
Namun semuanya bergantung kepada individu itu sendiri, sudah menjadi
tabiat manusia apabila kita disakiti , hati kita akan merasa sakit hati
dan membawa keadaan timbulnya perasaan dendam. Balas membalas hingga
tiada penghujungnya. Kebiasaannya amarah yang terlampu secara tiba-tiba
menjadi dendam tanpa kita sengaja. Walaupun demikian, bukan bererti kita
harus berdendam setiap kali ada yang menyakiti .
Kisah : Rasulullah SAW adalah contoh terbaik. Hatinya bersih dari sifat
dendam. Walau ia dihina, dicaci maki, difitnah, bahkan hendak dibunuh,
tak sedikit pun ia mendendam. Bahkan, ia mati-matian berbuat baik kepada
orang-orang tersebut dan begitu ringannya ia memaafkan. Kerana itu,
siapa sahaja di antara kita yang hatinya terbelit kedendaman, ingatlah!
Dendam hanya akan membawa kesengsaraan, menghancurkan kebahagiaan,
merosak fikiran, dan harga diri kita. Yang paling mengerikan, dendam
boleh menyeret kita pada panasnya api neraka.
Na'udzubillah. Bagaimana caranya agar kita tidak menjadi seorang
pendendam, bahkan berubah menjadi seorang pemaaf seperti dicontohkan
Rasulullah SAW? Ada dua hal yang harus diperhatikan. Pertama, kita harus
menyadari bahwa semua orang beriman itu bersaudara.
Allah SWT berfirman dalam QS Al-Hujuraat [49]: 10, "Sesungguhnya
orang-orang Mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua
saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat
(Allah)". Pemahaman bahawa setiap orang bersaudara, sedikit banyak, akan
membawa tambahan energi bagi kita dalam mengendalikan kemarahan dan
rasa sakit hati. Bila konsep ini tertanam kukuh di hati, maka kita akan
berusaha sekuat mungkin untuk tidak mencelakakan saudara kita.Kedua,
kita terus berlatih untuk mengikis sifat dendam tersebut.
Begitu pula dengan hati. Jika hati dibiarkan sensitif, maka hati ini
akan mudah sekali terluka. Akan tetapi, jika hati sering dilatih, maka
hati kita akan semakin siap menghadapi pukulan dari berbagai arah. Jika
kita telah disakiti seseorang, kita jangan melihat orang tersebut,
tetapi lihatlah dia sebagai sarana ujian dan ladang amal kita terhadap
Allah. Kita akan semakin sakit, tatkala melihat dan mengingat orangnya.
Balaslah keburukan orang lain dengan cara terbaik;
biar masa menentukan segalanya berfikir secara rasional. Let it go,
nobody is perfect and trust yourself that want you want is . You want to
live peacefully dan meminjam kata seorang sahabat
sifat marah dibalas dengan kesabaran . bermasam muka dibalas dengan
ukiran sebuah senyuman . bongkak dibalas dengan sifat merendah
diri..kerana sifat api perlu di tenteramkn melalui sifat air yg sentiasa
tenang walaupun ia tengah bergelora...
Bagaimana untuk kita menjaga hati orang lain sedangkan hati kita terbiar
dengan dihiasi bunga-bunga yang tidak berwarna? Sedangkan hati kita
terhimpit dalam kegelapan tidak ada cahaya mampu untuk menerangi hati
kita sendiri. Cuba korang bayangkan bila sekeping hati itu gelap,
pastinya pelbagai masalah yang akan korang hadapi. Baik dari sudut
luaran mahupun dari sudut dalaman.Aku yakin semua orang mahukan sekeping
hati yang cantik, bersih dan boleh membawa kita semua kearah kebaikan
termasuk aku sendiri
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Firman Allah bermaksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar